Monday, August 31, 2009

Sugar Glider

Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi, diorg abik beradik kangaroo, dia ade kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.


Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka
sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya.
Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. Bayangkan kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.

Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian.
Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan,
mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.

Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.




Nasihat utk mereka yg bercita2 utk membela sugar glider


Membela sugar glider bukan hobi yang murah. Korang kena bajetkan utk Cage & accessories skali.
Kat sini aku sertakan bajet utk korang buat bajet dulu.



1.sugar glider tak tinggal dalam sangkar hamster.Req sangkar sekurang2nya 3 kaki tinggi.

2.peralatan yang perlu ada sebelum membeli seekor sugar glider
1. 3ft Cage : RM100+
2. Sleeping pouch : RM20 +-
3. Proper diet : RM20++ (depends what you feed)
4. Water bottle : RM10
5. Fruits & vege : depends
6. Glider : RM300++
7. Bonding Pouch : RM30 +-

my suggestion (if u have lack of fund)
(not including HPW):

Sleeping Pouch MYR 20.00
Bonding Pouch MYR 39.90
cage MYR 100

Gliderade 1oz MYR 15.50

TOTAL RM175.4

all item quoted as per Petshack website

other thing u shopping next month or can buy it one by one

Suggie Hammock MYR 31.00
Tunnel-Mock MYR 31.00
Glider Booster 1oz MYR 15.50
Pure Acacia Gum 1oz MYR 19.00
Glider-Cal 1oz MYR 11.00
Living World Junglewood
2-step Rope Ladder - Small MYR 8.80
MYR 8.80

and so on...

quote not including a healthy,cute,tame,bulu ekor kembang sugar glider.. male rm300 , female rm350




tolong jangan sesekali beli sugar glider melalui mudah.com.my atau adpost kerana hampir kesemua glider yang dijual adalah underage joey!!!

hentikan pemindasan terhadap sugar glider.Underage joey masih memerlukan ibubapa mereka untuk mengajar mereka menjadi sugar glider.

Underage joey yg selalu dijual di mudah tidak mendapat diet yang sempurna..malahan tak pernah diberikan diet yng sepatutnya..


diet2 sugar glider :
HPW
gliderslurrp

pemakanan berdasarkan calsium>fosforus
http://www.sweet-sugar-gliders.comcalciu...sorted.pdf

atau

http://www.sweet-sugar-gliders.com/calci...ratios.pdf


Bagi yang pertama kali mahu membela sugar glider, jangan sesekali membela sugar glider berpasangan jantan betina...

membiakkan sugar glider juga bukan perkara mudah.penjagaan dan komitmen yang tinggi diperlukan.

gua totally cadangkan bela seekor sahaja dahulu.Proses bonding sugar glider bukan mudah.


No comments: