Saturday, September 5, 2009

Kisah Temuduga Satu Soalan

Subject: Kisah Temuduga Satu Soalan

>> Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
>> permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
>> Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,
>> lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya
>> Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
>> Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
>> berkata,
>> "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang
>> memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"
>>
>> Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",
>> tanya CEO tersebut.
>>
>> Calon pertama berkata,
>>
>> "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"
>>
>> "Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.
>>
>> "Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.
>>
>> "KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,
>> mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.
>>
>> "Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut
>> SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.


>> "Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.
>>
>> "Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan
>> tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.
>>

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
>>
>> CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon
>> ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan

yang sangat bagus sebentar tadi.
>>
>> "Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
>> perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat
>> dengan yakin

No comments: